cerita kita

Just another WordPress.com weblog

terlebih ramah December 22, 2009

Filed under: Uncategorized — ahmad asmar @ 5:21 pm

walaupun gambar ni xde kaitan dengan apa aku nak cerita, tp aku nak cerita jugak. hehehe.pada hari ini telah berlaku peristiwa yg agak demm dan menyakitkan hati. story ini bermula apabila aku nak gi pekan parit buntar, bila time tengah-tengah perjalanan, aku pun tengok la budak-budak tengah kayuh basikal, tp bentuk basikal dah tak macam basikal ha, ada lampu, ada signel.. ada cermin sisi.  nak pggil ape ehh makluk yg bebudak ni tunggang.. basitor (basikal +motor)

skali aku pun gi la bawak keta kat sebelah bbdak ni. aku pun cakap, lawa basikal ni dek, nak pinjam boleh ???

tanpa melengahkan masa dan wang, budak tu terus mengacukan jari tenghnya yg besar anak jari aku ni kepada aku ha. kurang ajar … sakit hati betoi aku ha.. macam tu la aku kena  hari ni, adoiiyai… rasa ikut hati memang nak gi letak penyepak ha, naseb bek aku ni sabar je.. ewaaahhh.. hehhee…bila dah terlebih ramah cam tu la pulak jadinya. hmmm k la… dah kol 1 ni.. kena tido ha. esk nak bangun awal.. nite…

 

aku dengan 10 ringgit. December 17, 2009

Filed under: travel — ahmad asmar @ 8:57 am

hari ni aku bangun agak lewat la… dalam pukul 9, slalunya awal je.. dengan slumber dan muka baru bangun tido aku pun gi kat luar sembang-sembang pagi dengan gigi yang dah bergosok. tiba-tiba aku telefon aku pun bunyi… kringggg… kringgg (standrt telefon lama la. xde bunyi-bunyi lagu ni ha) upa-upanya brader azhar telefon

“asmar, kami dah ada depan umah hang ni, nak p shoot x?? kat gunung jerai”

aku jom je, sbb aku xde keje. xsedar lak aku ada 10 inggit je. xpe la… aku pun ikot la brader azhar ngan ziger ni. ditemani oleh keta mini sin chan.

sampai je atas gunung jerai. kami gi la minum kat atas 2. mula-mula ingatkan murah, sekali sampai bill seorang 5 ringgit untuk satu tea o’ ais. cet!! masing-masing menyumpah ja… (duit aku mula-mula tadi ada RM 10-5=5)

lepas selesai semua shoot. kami pun nak balik la. sekali diaorang ni ajak p peneng pulak… adusss… aku ni dengan menumpang kereta mereka. ikut je la… pi peneng dengan berbekalkan 5 ringgit, lepas beli semua barang. diaorang ajak makan old towm pulak daa… aku pun ternampak kedai maple. pas tu aku buat taktik.

“bro. aku rasa kaki aku sakit la, kita makan kat cni ja la.. ”

nasib baik la depa ni mau makan dekat maple. kalau tak, mati aku ha.. hehehe

lepas makan aku kena 4.80. nasib baik cukup-cukup ja. heheh dapat la lebih duit 20 sen. hahaha bila aku sampai ja dekat rumah. aku ingat-ingat balik. senyum aku sorang-sorang. aku p peneng dengan berbekalkan 5 ringgit ja.. dah la duit dalam akaun xde langsung. hehehe

 

sesuap nasi… December 10, 2009

Filed under: Uncategorized — ahmad asmar @ 4:49 am

sebelum ni, kita tak pernah terfikir macam mana nak mendapatkan sesuap nasi, yang kita taw juz makan… makan…. makan… dan makan lagi. pernah tak kita terfikir mak bapak kita bekerja juz nak mandapatkan sesuap nasi untuk kita semua satu keluarga? susah payah bertarung dengan nyawa nak mendapatkan sesuap nasi tersebut.. pernah tak kita menghargai sesuap nasi tersebut? bila aku pikir-pikir balik macam ni la tanggungjawab yang besar untuk seseorang ketua dalam keluarga  kena mentadbir daripada A-Z daripada semurah-murah gula-gula hinggalah semahal-mahal rumah.

tak kira la di bandar ataupun di kampung, konsep nak mendapatkan sesuap nasi tersebut adalah sama,iaitu DUIT. duit ni dah macam satu power sesorang bila ada kat dunia ni. bila ada duit ja, semua boleh jadi. macam mana pulak untuk orang yang takde power?? aka orang yang susah?? macam mana mereka mencari sesuap nasi? di tengah panas berjemur.. ke sana, kesini. sampah untuk mata manusia lain, tetapi duit pada pandangannya. macam pengumpul tin minuman am i rite?? (nak koya BI sikit, hehehe) . so, sesuap nasi 2 haruslah kita hargai sebab ,tuhan memberi rahmat yang melimpah ruah kepada kita, andaikan semua rahmat-rahmat nie ditarik balik… ish3….. payah nak bayangkan nie ha… ingatlah Allah tempat kita  menyerahkan ketentuan nasib supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada malang yang tidak tahu bila bakal menjelma.

sama-sama la kita pikir…..

 

tak sama dengan tempat lain….. December 5, 2009

Filed under: travel — ahmad asmar @ 4:40 pm

rumah aku, syurga aku….

mcm ni la org tua-tua selalu cakap, kat mana kita gi pun. jauh mana kita merantau, hebat mana pun tempat tu, mesti tak sama dengan tempat asal kita, tempat kita main masak-masak, aci ligan(main kejar-kejar tu ha), main baling tin, pas tu macam-macam lagi la, teringat pulak zaman kecik-kecik dulu. aku selalu jugak main benda-benda ni hahahhaa. bila time menuai padi ja, mula la kerja menangkap ikan dalam sawah pulak, berkoyan-koyan dapat ha time tu, budak-budak kan, mana la taw apa lagi ha, kotor ka… bahaya ka… yg tau, benda tu best…. bila teringat balik semua tu… senyum aku sorang-sorang ha.

sekarang nie daripada kampung, aku kena berhijrah ke bandar. bandar pulak bukan kecik punya town ha…. KUALA LUMPUR, kota metropolitan. tapi, sebesar mana pun kota tu, se bes mana pun bandar tu. tak sama dengan kampung yang penah aku main baling tin dulu.ingat, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung… k la… ni la entry aku kali nie.