cerita kita

Just another WordPress.com weblog

penagih simpati jalanan….. September 1, 2010

Filed under: Uncategorized — ahmad asmar @ 10:12 am

salam ramadan aku nak ucapkan kat pembaca blog ni. walaupun dah agak lewat aku rasa nak ucapkan pun, tp ok la daripada xucap langsung kan. gambar dalam ni time aku kuar ngan kawan-kawan untuk asah mata fuad topa, pergghhh… mmg bes… (model dalam ni macho sebenarnya, dia belakon je, hihihi)

sejak aku kuar kali ni….baru la aku taw, mintak sedekah nie, boleh jadi kaya, tp yg aku heran, asl makin banyak orang mintak sedekah kat kl ni, kadang-kadang cukup sifat kaki, tangan smua ada tapi masih lagi bawak anak-anak menagih simpati orang lain. tak cukup ka dengan sifat yang tuhan bagi?? tak sakit pun buat-buat sakit. hmmmm… manusia-manusia…. bila dah bagi betis, nak perut plak…sejam kami kat kat pasar seni banyak ringgit gak la dapat… hihihi…

tapi… tak semua orang macam ni kan?? ada sesetengah ja.. masa ramadan ni la kita nak meningkatkan pahala puasa kita. harap harap puasa tahun ni lebih baik dari puasa taun lepas. salam…..

 

kenangan 5 raya August 21, 2010

Filed under: Uncategorized — ahmad asmar @ 2:59 pm

2 bulan lepas aku kena masuk praktikum kat sekolah kebangsaan bandar tun hussein onn, dugaan die… pergh…. mmg mencabar, bebudak sekarang ni bukan macam dulu dah. asyik nak menyaman je. tp ni la dugaan sebenar aku. ni la periuk nasi aku, so… nak tak nak, kena la jugak kan.

semalam ialah hari last aku dengan 5 raya, rupa-rupanya pejam celik pejam celik dah 2 bulan aku ngan bebudak nie. tapi secara overallnya, depa ni susah sikit nak kawal. tp last-last jinak jugak (lepas kena marah ngan aku) hihihih

kat kesempatan ni,aku nak ucapkan terima kasih kat warga sekolah kebangsaan bandar tun hussein onn 1 sebab bagi kerjasama yang tak berbelah bahagi kepada aku. sekian….

 

kesubukan kota…. May 23, 2010

Filed under: travel,Uncategorized — ahmad asmar @ 4:19 am

minggu ni minggu exam aku…. tapi kan, dah kawan-kawan ajak gi shoot, so temakan je la… ni ja gambar yang x seberapa dari aku..

 

selamat hari ibu…. May 9, 2010

Filed under: Uncategorized — ahmad asmar @ 1:10 pm

syurga di bawah tapak kaki beliau….. macam tu la nak digambarkan betapa pentingnya insan ini kepada aku. tiada beliau maka tiadalah aku, insan ini xpenah kenal jemu dalam nak membesarkan aku. pengorbanan yang dia bagi kat aku, aku rasa la kan.. mati idup balik pun xleh balas lagi.

bila ingat balik cita dulu-dulu, apa yang aku penah buat kat die.. memang terasa sebak kat hati ni. tapi tu semua cita dulu. zaman aku xleh nak PK lagi mana buruk, mana baik.. tapi… sekarang, baru la aku rasa, rotan yang dia penah sebat aku tu la mengajar aku sampai jadi manusia macam sekarang ni.insan yang dimaksudkan ialah orang yang melahirkan kita iaitu seorang yg dipanggil ibu…. salmah hussain…  selamat hari ibu……

 

terlebih ramah December 22, 2009

Filed under: Uncategorized — ahmad asmar @ 5:21 pm

walaupun gambar ni xde kaitan dengan apa aku nak cerita, tp aku nak cerita jugak. hehehe.pada hari ini telah berlaku peristiwa yg agak demm dan menyakitkan hati. story ini bermula apabila aku nak gi pekan parit buntar, bila time tengah-tengah perjalanan, aku pun tengok la budak-budak tengah kayuh basikal, tp bentuk basikal dah tak macam basikal ha, ada lampu, ada signel.. ada cermin sisi.  nak pggil ape ehh makluk yg bebudak ni tunggang.. basitor (basikal +motor)

skali aku pun gi la bawak keta kat sebelah bbdak ni. aku pun cakap, lawa basikal ni dek, nak pinjam boleh ???

tanpa melengahkan masa dan wang, budak tu terus mengacukan jari tenghnya yg besar anak jari aku ni kepada aku ha. kurang ajar … sakit hati betoi aku ha.. macam tu la aku kena  hari ni, adoiiyai… rasa ikut hati memang nak gi letak penyepak ha, naseb bek aku ni sabar je.. ewaaahhh.. hehhee…bila dah terlebih ramah cam tu la pulak jadinya. hmmm k la… dah kol 1 ni.. kena tido ha. esk nak bangun awal.. nite…

 

sesuap nasi… December 10, 2009

Filed under: Uncategorized — ahmad asmar @ 4:49 am

sebelum ni, kita tak pernah terfikir macam mana nak mendapatkan sesuap nasi, yang kita taw juz makan… makan…. makan… dan makan lagi. pernah tak kita terfikir mak bapak kita bekerja juz nak mandapatkan sesuap nasi untuk kita semua satu keluarga? susah payah bertarung dengan nyawa nak mendapatkan sesuap nasi tersebut.. pernah tak kita menghargai sesuap nasi tersebut? bila aku pikir-pikir balik macam ni la tanggungjawab yang besar untuk seseorang ketua dalam keluarga  kena mentadbir daripada A-Z daripada semurah-murah gula-gula hinggalah semahal-mahal rumah.

tak kira la di bandar ataupun di kampung, konsep nak mendapatkan sesuap nasi tersebut adalah sama,iaitu DUIT. duit ni dah macam satu power sesorang bila ada kat dunia ni. bila ada duit ja, semua boleh jadi. macam mana pulak untuk orang yang takde power?? aka orang yang susah?? macam mana mereka mencari sesuap nasi? di tengah panas berjemur.. ke sana, kesini. sampah untuk mata manusia lain, tetapi duit pada pandangannya. macam pengumpul tin minuman am i rite?? (nak koya BI sikit, hehehe) . so, sesuap nasi 2 haruslah kita hargai sebab ,tuhan memberi rahmat yang melimpah ruah kepada kita, andaikan semua rahmat-rahmat nie ditarik balik… ish3….. payah nak bayangkan nie ha… ingatlah Allah tempat kita  menyerahkan ketentuan nasib supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada malang yang tidak tahu bila bakal menjelma.

sama-sama la kita pikir…..

 

cahaya November 29, 2009

Filed under: Uncategorized — ahmad asmar @ 12:01 pm

salam… uiii memang payah aku nak bawak masuk gambar ni ha, 2 hari jugak baru boleh, biasa la internet kampung, kejap-kejap OK, kejap-kejap KO. tp atlast.. boleh jugak. hari ni dah masuk hari ke tiga hari raya korban, aku rasa tak terlewat lagi aku nak ucapkan selamat hari raya untuk kawan-kawan yang melihat blog ni, even blog ni tak femes,heheheh. kadang-kadang datang ja hari raya aidiladha aku terfikir , boleh ke kita berkorban macam nabi-nabi dan para sahabat dulu , ada yang sanggup korbankan anak, harta, wang dinar (kat arab xde ringgit hehehe) dan macam-macam lagi la, kalau kita di tempat mereka, sanggup ke tak kita nak korbankan semua tu, even yang tu ja harta yang kita ada di dunia ni. nak derma untuk masjid pun kadang-kadang fikir 3 kali sesetengah orang tu, tp balasan untuk akirat tak de sapa yang taw. maybe, sebab tu la kot orang xpenah terfikir nak buat macam tu. aku ni pun bukan ferfect sangat, tapi taw la jugak sikit-sikit. bila la nak dapat cahaya petunjuk ni… hmmmm
ok la… ni ja kot untuk kali ni, kali ni jadi ustaz lak aku ha… entry depan xtaw la nak jadi apa plak. hahahaha . yezzzzaaaaa